Events

Current Event



Giant Exclusive contest A4 POSM

Peraduan Exclusive Giant 2018

Sila layari Facebook Indocafe Malaysia untuk maklumat lanjut. https://www.facebook.com/indocafemy/

Terma dan Syarat

  • Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Semenanjung Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Regal Marketing & Trading Sdn Bhd (Penganjur), GCH Retail Sdn Bhd, promoter jualannya, kakitangan syarikat-syarikat sekutunya, pengedar-pengedarnya, dan agensi-agensi pengiklanan/promosinya; termasuk ahli-ahli keluarga terdekat mereka.
  • Tempoh penyertaan adalah dari 15hb Ogos – 30hb September 2018. Penyertaan yang diterima selepas tempoh penyertaan tamat tidak akan dilayan dan akan disingkirkan. Pihak penganjur berhak mengubah atau menangguhkan tempoh peraduan atau membatalkan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  • Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Semua tarikh resit dengan pembelian produk Indocafe mesti dalam tempoh peraduan.
  • Pemenang akan dimaklumkan melalui pengumuman di laman Facebook Indocafe Malaysia pada 31hb Oktober 2018. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya tidak diterima atau lewat diterima pemberitahuan itu kepada pemenang.
  • Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, diterima di luar tempoh penyertaan, atau tanpa bukti pembelian yang sah.
  • Penganjur berhak mengkaji semula dan mengubah proses pemilihan pemenang yang terkandung di dalam terma dan syarat ini mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  • Penganjur berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa memberi sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  • Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah sekiranya pemenang yang dipilih gagal mematuhi sebarang terma dan syarat peraduan dan/atau undang-undang yang terpakai atas apa-apa sebab sekalipun.
  • Penganjur akan menghantar Whatsapp atau SMS kepada peserta yang terpilih untuk butiran lanjut tetapi tidak bermakna meraka adalah pemenang, perserta yang dipilih berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
  • Penganjur akan menghubungi pemenang jikalau dipilih, melalui Whatsapp atau SMS berdasarkan maklumat yang diberikan. Jika tidak ada balasan daripada pemenang dalam masa 3 hari bekerja, hak pemenang akan terbatal tanpa sebarang notis.
  • Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengumuman dan sebarang tuntutan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.
  • Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan lain-lain kos, yuran dan perbelanjaan yang berkaitan semasa mengambil hadiah dan liabiliti cukai yang timbul semasa menerima hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  • Penerimaan hadiah oleh pemenang merupakan tanda persetujuan oleh pemenang yang membenarkan penganjur dan agensinya menggunakan nama, gambar dan/atau video pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan, aktiviti promosi/pemasaran dan/atau perdagangan pada bila-bila masa tanpa sebarang bayaran pampasan dan notis.
  • Semua borang penyertaan adalah menjadi hak milik pihak penganjur.
  • Semua imej dan karya seni yang digunakan untuk pertandingan ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
  • Dengan menyertai peraduan ini, peserta mengaku janji untuk tidak membuat sebarang tuntutan atau tindakan terhadap Penganjur, sama ada dalam kontrak, tort atau sebaliknya.
  • Peserta dianggap telah memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat peraduan serta keputusan yang dibuat oleh penganjur.
Past Event (Indocafe Peraduan RAYA BOLA 2018)
Past Event (Peraduan Exclusive Aeon & Econsave)
Past Event (Christmas Contest)
Past Events (Peraduan Beli & Menang - Ramadhan)
Past Events (Christmas Contest Winner List)
Past Events (Christmas Contest)
Past Events (Halloween Contest)
Past Events (Halloween Contest)
Past Events (Winners for Indocafe Mid-Autumn Festival Wishes)
Past Events (Mid-Autumn Contest)

Past Events (Winners for RIUH bersama Indocafe)
RIUH Bersama Indocafe T&C